Friday, February 16, 2007

Berada di hospital

Tiba - tiba ku terjaga.

"Aku berada di mana ni?" Hati ku tertanya - tanya.

Aku melihat sekeliling. Terdapat beberapa orang wanita dan lelaki berpakaian putih berjalan ke sana - sini. Kelihatan mereka sangat sibuk sekali.

Cahaya matahari menyerbu masuk dari jendela yang terbuka. Ku rasa sekarang waktu pagi kerana kepanasan matahari tidak terasa sangat.

Ku lihat seorang wanita tua masih tertidur kepenatan di sofa di hadapan katilku. Aku berada di atas katil?

"Kenapa aku berada di sini?" Hati ku tertanya lagi. Kehairanan.

Ku cuba untuk bangun tetapi ....

"Hah ! Kenapa kaki berasa kebas?" Aku tertanya lagi. Lalu, aku bersuara memanggil lembut...

"Mak... Ooo...mak..."

Tiba - tiba mak ku terbangun terkejut.

"Oh Man, kau dah sedar ya nak? Syujurlah alhamdullillah kerana kau selamat" sambil tangannya menyapu muka.

"Kenapa mak? Man berada di mana ni mak? Kenapa Man berada di sini, mak?" Tanyaku pada mak.

"Sabar banyak - banyak Man. Banyak - banyak mengucap" kata mak ku dalam keadaan sedih.

Aku sekali lagi kehairanan. Kenapa mak begitu sedih? Fikirku....Namun agak sukar untukku tafsir jawapan.

Ku cuba ingat peristiwa semalam. Ku masih ingat lagi, semalam ku sedang dalam perjalanan balik dari asrama sekolah ke perhentian bas. Tiba - tiba aku ternampak seorang budak kecil yang hampir sebaya dengan adik ku cuba mengejar bola yang mengolek di atas jalan raya.

Tiba - tiba aku nampak sebuah lori tanah datang dengan laju dari arah bertentanganku sambil membunyikan hon dan menekan brek. Lalu aku pun melepas beg sandangku dan meluru ke budak itu untuk menyelamatkannya.

Gedegang ! Aku merasa diriku melayang sambil mendengar bunyi brek yang panjang. Selepas itu, aku dah tak tau apa yang terjadi...

Aku tersedar dari lamunan. Aku lihat mak ku menangis. Aku bertanya,

"Kenapa mak menangis ni?"

Mak tak menjawab. Tiba - tiba masuk seorang lelaki yang berpakaian seperti doktor sambil diringi jururawat.

Bersambung...

Wednesday, February 14, 2007

Peristiwa Semalam

Cuaca pagi ini agak cerah. Kelihatan 2 orang kanak bermain buaian dengan leka sekali. Tiba - tiba seorang lelaki tua datang kepadaku sambil tersenyum. Lelaki tua berkata kepadaku,

"Anak nak naik kapal terbang?"

Aku hanya tersenyum sahaja.

Tiba - tiba ku berasa berada dalam sebuah 'kapal terbang' lama yang boleh memuatkan diri ku seorang sahaja.

Wujud suatu perasaan yang sukar digambarkan. Ku terbang tinggi di awan. Sedikit demi sedikit.

Tiba - tiba ku mendegar nama ku di panggil oleh satu wanita yang biasa ku kenal.

"Azman...oooo...man"

"Man...bangunlah...mak datang ni"

Tiba - tiba pandang ku berasa kabur. Ku lihat bayangan seorang wanita yang bertudung di sebelah ku. Tapi, ku rasa teramat sukar untuk membuka mata.

"Man dah sedar la, mak" Terdengar lagi suara merdu yang biasa ku dengar.

Tetapi kepalaku rasa berputar - putar dan pandangan semakin kelam. Selepas itu, ku tidak sedarkan diri sekali lagi.

Bersambung...