Sunday, July 29, 2007

Setahun sudah berlalu

Hari ni ku dibenarkan pulang. Hati merasa sangat gembira sekali. Sudah hampir setahun ku berada di hospital ini. Doktor dan jururawat tersenyum melihat riak kegembiraan yang terpancar di wajahku. Tak sabar rasanya untuk beritahu kakak dan adik - adik yang lain.

Masa mak telefon ke rumah, mak berpesan kakak agar kemas bilikku. Bilikku kini telah berpindah ke tingkat bawah agar memudahkan pergerakanku. Sebelum ni memang kakak dan emak sudah menyiapkan bilik untuk ku. Tak sabar rasanya untuk melihat bilikku nanti.

Dalam masa sekejap, ramai ibu yang menunggu anak atau suami mereka datang ke bilik wadku. Mereka mengucapkan tahniah kerana dapat balik. Memang best dapat balik ke rumah ni.

Selama setahun berada di wad hospital, pelbagai peristiwa dan pemandangan yang dapat ku lihat atau rasai. Suka, duka, cemas dan sebagainya. Mana seronok kalau terpaksa makan ubat setiap hari. Tiada TV dalam bilik. Kalau nak tengok TV kena pergi ke ruang tamu wad ni. Payah la nak bergarak dengan kedua - dua kaki yang kaku ni. Ambil masa lama sangat kalau nak pindah turun.

Selepas bersarapan dan mandi, aku turun dari katil ke kerusi roda. Wajah sangat riang. Aku bersiar - siar sebentar dalam wad tu sambil melawat pesakit lain di bilik mereka. Para doktor dan jururawat yang berselisih denganku, semua menghadiahkan senyuman kepadaku.

Tapi, penantian memang menyeksakan. Urusan untuk balik / keluar wad rupanya memerlukan prosedur yang sangat panjang. Petang baru aku boleh naik kereta ayah. Terasa letih sangat menunggu dari pagi.

Namun, akhirnya aku berjaya juga tempuhi penyeksaan itu. Tak sabar rasanya nak tengok rumah yang sudah kutinggalkan sejak setahun lepas. Rumah, tunggulah kepulangku ini ...

bersambung...

Monday, June 4, 2007

Hidup bagaikan berada dalam kegelapan

Kini sudah hampir 4 bulan aku berada dalam wad hospital ini. Setiap hari ada jururawat dan doktor datang memeriksaku. Pelbagai ubat sudah ku rasa. Memang tak sedap pun rasa ubat. Terasa sukar sekali untuk ku telan.

Hampir setiap hari emak dan kakak ku datang melawat. Ayah pula hanya kadang - kadang aja datang. Maklumkan kerjanya menyebabkan dia terpaksa pergi ke sana sini memenuhi tuntutan tugas.

Nak menangis? Dah tak ada guna. Kaki ku tetap merasa kebas dan kaku di atas katil walaupun pakar terapi ada datang setiap hari ke bilik wad ini. Dia cuba suruh ku mengerakkan tangan dan kaki. Kadang - kadang memang meletihkan.

Rasa nak marah pun ada. Kini ku jadi mudah sensitif. Kata - kata nasihat sudah tiada makna lagi bagi ku. Dunia bagai gelap gelita. Ku tidak nampak harapan lagi di hadapanku. Rasa nak mati sahaja. Untuk apa aku hidup?

Ya Allah ... Apa dosa ku sehingga kau uji dengan ujian yang amat berat bagi ku ini. Kenapa kau uji begini?

Lepas tu aku sedar lagi. Tiba - tiba aku rasa aku boleh jalan semula. Kemudian aku berlari - lari riang dalam taman bunga. Aku melihat wajah mak tersenyum pada ku.

"Mak, Man dah boleh jalan. Man dan boleh berlari mak" kataku sambil ketawa riang.

Tiba - tiba, aku dengar suara mak.

"Man, Oooo Man... mak datang ni"

Bila aku buka mata, aku melihat tubuh mak dan kakak di hadapan ku sambil meletak mangkuk tingkat. Hari dah petang rupanya. Dan aku masih terbujur di atas katil wad. Aku bermimpi rupanya tadi. Aku hampa.

"Man, mak bawa sup ayam kat Man. Mari mak suap Man". Aku akur sambil buka mulut perlahan - lahan. Aku tidak berani melawan permintaan mak lagi. Cukup la aku menguris hari ibu 3 bulan lepas. Aku merasa berdosa untuk menolak kehendak emak. Emak menyuapku perlahan - lahan. Kemudian, aku tidur semula. Aku tidak sedar bila masa emak dan kakak ku balik.

Bersambung...

Friday, February 16, 2007

Berada di hospital

Tiba - tiba ku terjaga.

"Aku berada di mana ni?" Hati ku tertanya - tanya.

Aku melihat sekeliling. Terdapat beberapa orang wanita dan lelaki berpakaian putih berjalan ke sana - sini. Kelihatan mereka sangat sibuk sekali.

Cahaya matahari menyerbu masuk dari jendela yang terbuka. Ku rasa sekarang waktu pagi kerana kepanasan matahari tidak terasa sangat.

Ku lihat seorang wanita tua masih tertidur kepenatan di sofa di hadapan katilku. Aku berada di atas katil?

"Kenapa aku berada di sini?" Hati ku tertanya lagi. Kehairanan.

Ku cuba untuk bangun tetapi ....

"Hah ! Kenapa kaki berasa kebas?" Aku tertanya lagi. Lalu, aku bersuara memanggil lembut...

"Mak... Ooo...mak..."

Tiba - tiba mak ku terbangun terkejut.

"Oh Man, kau dah sedar ya nak? Syujurlah alhamdullillah kerana kau selamat" sambil tangannya menyapu muka.

"Kenapa mak? Man berada di mana ni mak? Kenapa Man berada di sini, mak?" Tanyaku pada mak.

"Sabar banyak - banyak Man. Banyak - banyak mengucap" kata mak ku dalam keadaan sedih.

Aku sekali lagi kehairanan. Kenapa mak begitu sedih? Fikirku....Namun agak sukar untukku tafsir jawapan.

Ku cuba ingat peristiwa semalam. Ku masih ingat lagi, semalam ku sedang dalam perjalanan balik dari asrama sekolah ke perhentian bas. Tiba - tiba aku ternampak seorang budak kecil yang hampir sebaya dengan adik ku cuba mengejar bola yang mengolek di atas jalan raya.

Tiba - tiba aku nampak sebuah lori tanah datang dengan laju dari arah bertentanganku sambil membunyikan hon dan menekan brek. Lalu aku pun melepas beg sandangku dan meluru ke budak itu untuk menyelamatkannya.

Gedegang ! Aku merasa diriku melayang sambil mendengar bunyi brek yang panjang. Selepas itu, aku dah tak tau apa yang terjadi...

Aku tersedar dari lamunan. Aku lihat mak ku menangis. Aku bertanya,

"Kenapa mak menangis ni?"

Mak tak menjawab. Tiba - tiba masuk seorang lelaki yang berpakaian seperti doktor sambil diringi jururawat.

Bersambung...

Wednesday, February 14, 2007

Peristiwa Semalam

Cuaca pagi ini agak cerah. Kelihatan 2 orang kanak bermain buaian dengan leka sekali. Tiba - tiba seorang lelaki tua datang kepadaku sambil tersenyum. Lelaki tua berkata kepadaku,

"Anak nak naik kapal terbang?"

Aku hanya tersenyum sahaja.

Tiba - tiba ku berasa berada dalam sebuah 'kapal terbang' lama yang boleh memuatkan diri ku seorang sahaja.

Wujud suatu perasaan yang sukar digambarkan. Ku terbang tinggi di awan. Sedikit demi sedikit.

Tiba - tiba ku mendegar nama ku di panggil oleh satu wanita yang biasa ku kenal.

"Azman...oooo...man"

"Man...bangunlah...mak datang ni"

Tiba - tiba pandang ku berasa kabur. Ku lihat bayangan seorang wanita yang bertudung di sebelah ku. Tapi, ku rasa teramat sukar untuk membuka mata.

"Man dah sedar la, mak" Terdengar lagi suara merdu yang biasa ku dengar.

Tetapi kepalaku rasa berputar - putar dan pandangan semakin kelam. Selepas itu, ku tidak sedarkan diri sekali lagi.

Bersambung...