Sunday, July 29, 2007

Setahun sudah berlalu

Hari ni ku dibenarkan pulang. Hati merasa sangat gembira sekali. Sudah hampir setahun ku berada di hospital ini. Doktor dan jururawat tersenyum melihat riak kegembiraan yang terpancar di wajahku. Tak sabar rasanya untuk beritahu kakak dan adik - adik yang lain.

Masa mak telefon ke rumah, mak berpesan kakak agar kemas bilikku. Bilikku kini telah berpindah ke tingkat bawah agar memudahkan pergerakanku. Sebelum ni memang kakak dan emak sudah menyiapkan bilik untuk ku. Tak sabar rasanya untuk melihat bilikku nanti.

Dalam masa sekejap, ramai ibu yang menunggu anak atau suami mereka datang ke bilik wadku. Mereka mengucapkan tahniah kerana dapat balik. Memang best dapat balik ke rumah ni.

Selama setahun berada di wad hospital, pelbagai peristiwa dan pemandangan yang dapat ku lihat atau rasai. Suka, duka, cemas dan sebagainya. Mana seronok kalau terpaksa makan ubat setiap hari. Tiada TV dalam bilik. Kalau nak tengok TV kena pergi ke ruang tamu wad ni. Payah la nak bergarak dengan kedua - dua kaki yang kaku ni. Ambil masa lama sangat kalau nak pindah turun.

Selepas bersarapan dan mandi, aku turun dari katil ke kerusi roda. Wajah sangat riang. Aku bersiar - siar sebentar dalam wad tu sambil melawat pesakit lain di bilik mereka. Para doktor dan jururawat yang berselisih denganku, semua menghadiahkan senyuman kepadaku.

Tapi, penantian memang menyeksakan. Urusan untuk balik / keluar wad rupanya memerlukan prosedur yang sangat panjang. Petang baru aku boleh naik kereta ayah. Terasa letih sangat menunggu dari pagi.

Namun, akhirnya aku berjaya juga tempuhi penyeksaan itu. Tak sabar rasanya nak tengok rumah yang sudah kutinggalkan sejak setahun lepas. Rumah, tunggulah kepulangku ini ...

bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de LCD, I hope you enjoy. The address is http://tv-lcd.blogspot.com. A hug.